thanks for the click..

Saturday, December 26, 2009

Aurat- Apa dah jadi??

Apa Sudah Jadi ?
Trend Menutup Aurat Ala Amerika & Yahudi
... sabda Nabi (maksudnya),
"Ada dua golongan yang akan menjadi ahli neraka yang aku tidak pernah melihat keduanya itu;
1) Satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia (pemerintah yang zalim) 2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bogel yang cenderung untuk melakukan maksiat dan mengajak orang lain melakukan maksiat, rambutnya seperti bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak sekian."
Kenapa Kita Tidak Menutup Aurat Mengikut
Al Quran & Sunnah ?

Aurat : Apa Sudah Jadi ?

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

Monday, November 2, 2009

sedikit info

Antara beberapa fakta asal usul solat dan bacaan dalam solat yang mungkin ustazah korang terlupa nak kasitahu masam korang sekolah dulu. Meh Ustazah Gadis Lonely yang kasitahu. Dan jangan lupa share kan pada yang lain yer. Besar keberkatannya ni.

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Tahniah kalau korang dah baca sehingga ke ayat ini. Hehehee.

Saturday, September 19, 2009

selamat hari raya

ingatkan raya tunda sampai hari senin..
tup2 esok raya..walaweh...
tersibuk la jadinya malam ini..
ape2 pun selamat la hari raya hendaknya..
memandu berhati-hati..
ingatlah org yg tersayang..^_^

selamat menyambut aidil fitri..

Monday, September 14, 2009

jom kentut

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.

Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan.
Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'


.: habih :.

Monday, September 7, 2009

lagu tema jejak rasul 2009

Assalamualaikum,
bestkan jejak rasul musim baru nie..banyak sejarah rasul2 terdahulu dirungkaikan dalam musim nie dan bagi yang penah tengok jejak rasul musim baru nie pasti penah dengar lagu tema ending dia tu..
begitu mengasyikkan alunan suaranya.
tapi nama lagu yang diberikan kat credits akhirnya tu bukan lagu yang digunakan itu..
tajuk lagu sebenarnya asma Allah..
jikalau anda sume mendengar alunan suaranya yang begitu gemersik mengalunkan nama2 Allah..
pasti anda akan terpegun lalu jatuh cinta..hehehe..bagi yang belum dengar silalah dengar yek..
pasti mengamit perasaan..nama penyanyinya sami yusuf..hensem orangnya..hehehe..
sedikit biodata mengenai beliau..
lahir pada july31,1980 berasal dari tehran,iran..

p/s lagu tema ending jejak rasul tu di telah diedit dan dalam video ini untuk mendengar baris lagu tersebut kene lah dengar sampai habis yek...

Saturday, September 5, 2009

entahlah...=.=

Dingin malam tirai kenanganku..
Menyerlahkan sekurun ingatan..
Terciptalah rimba kehidupan..
Percintaan dalam perjuangan..
Kesetiaan sebagai bekalan..
Bisikan penuh pengharapan..
Tiada garis dapat memisahkan..
Segalanya kudratMu Tuhan..
Alam bagai mengerti..
Segala yang terjadi..
Embun menitis panas simpati..
Pertemuan tiada awal akhir..
Perutusan berdarah ku terima..
Gugur kuntum di tengah halaman..
Medan ini kurasakan sepi..
Terpaku pilu..
Ku semaikan pepohon kemboja..
Yang bunganya adalah hati ku..
Semadilah dalam kedamaian..
Semangatku tetap bersamamu..
Kan kuusung oh! jenazah cinta..
Semadikan nisan kasih suci..
Semangatmu tetap bersamaku..
Selama pasti..
Debu malam meragut kenangan..
Menyedarkan dari lamunanku..
Percintaan dalam perjuangan..
Kau abadi Srikandi Cintaku..

Friday, September 4, 2009

khatimah cinta - 6ixth sense

dengar sekali lagu nie memang tangkap jiwang la..huhuhu..
pade sesape yg jiwang2 nie leh la layan lagu nie..^_^
sini ada video klipnya..so layannnn...
Oh kidung malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam

Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi

Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati

Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi
Aku lagi

Biarku bawa
Seluruh cintamu
Ku dakap dalam
Tidur panjangku…

Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi

nah donlod ^_^

Tuesday, September 1, 2009

kasihnya Allah pada wanita..^_^


“Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Tuhan kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.
Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.
Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.
Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.
i) Gelaran bagi `isteri’ di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband’ manakala perkataan untuk isteri ialah `wife’. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari’ manakala perkataan `femme’ untuk isteri.
Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh’ dan `zaujati’. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh’ yang bermakna `pasangan’. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ‘imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.
ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
a. “Syurga di bawah telapak kaki ibu.” Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan “di bawah telapak kaki” dan bukan “di dalam tangan” atau “di sisi” seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
b. “Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.”
c. “Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina.”(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)
d. “Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
e. “Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka.”(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.
iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang’. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
iv) Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama’, tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

Thursday, August 20, 2009

yeye...setan dah lari..

assalamualaikum..
saya sebagai penyimpan mohor besar raja-raja..
dengan sukacitanya mengumumkan bahawasanya..
tarikh 1 ramadhan 1430 hijrah jatuh pada 22 ogos 2009 masihi..
(pinjam kata2 penyimpan mohor besar raja2..)
jadi sabtu nie kita berpuasa..
maka setan pun dibelenggu..
yang tinggal setan di dalam hati kita jer yakni nafsu..
maka sama2 lah kita belenggu setan nie agar puasa kita diterima allah hendaknya..amin.
thanks tuk gift aien..ada makna besar disebalik gambarnya ini..hehehe

selamat berpose..

sedar tak sedar nak dekat bulan ramadhan dah..esok dah nak tengok bulan beranak..
agaknya laki ker perempuan ek..hehehe..memain jer..
diharap sume kaum muslimin dan muslimat dapat berpuasa penuh yek..
disamping ini diselitkan pemberian ecard dari cik deniera..
tq yer...susah2 jer..^_^

Thursday, August 13, 2009

ini kerna aku bukan superman...

perkara diatas adalah dirujuk...hehehe...
takde kene mengene pun..
jom dengar lagu dari anak ahmad dhani...comel woo...heehe...
ok layannnn...

Sunday, August 9, 2009

gila matematik

sekian lama berpisah..akhirnya bertemu....
huhuhu..lagu jamal lak ternyanyi...hahaha..
dah lame lak tak tulis dalam blog nie..
tah pasal apa..huhuhu..
so nie post sembarangan la..hehehe..


lawak nie..baik tengok..hahaha...aci ker jalan kira cam tu...
wakakaka..
jumpe cite nie masa merayau jadi kutu embun kat blog org...hahaha
kredit to miss flipflop...^_^

Tuesday, August 4, 2009

politeknik kota kinabalu

salam sejahtera...
berita terkini...hehehe..
cewah terasa membaca berita plak...huhuh..
saje mengomen setelah mood yg dicari sempena interview praktikal tak menjadi..
mati2 ingat hari nie interviewnya...punyalah bersemangat sudah nie..
last2 bukan hari nie..entah la bila nak interview nie....
hahaha...tapi takpe lah..
hari nie daftar jak pun..
nie lagi satu yg hampeh...
timbul satu persoalan disini(walaupun tak siapa yg mahu menjawabnya..hehehe)
kenapa pelajar bahagian lain seperti bahagian elektrik,mekanikal,perdagangan misalnya..
memproses pendaftaran mereka cepat berbanding memproses pendaftaran pelajar bahagian awam..
bila tiba giliran saya untuk mendaftar..masa yg diambil tak sampai 5 minit pun..
tu pun sy dapat masuk pada pukul 1 ptg..walhal dah tunggu dari 8.30 pg lagi....
ape kehal nya..
proses yg begitu cepat telah dilambatkan sehingga terpaksa menunggu sebegitu lama untuk memproses satu pendaftaran??
disini saya akan mengkaji perkara ini dan mungkin saya akan memberi cadangan yg bernas untuk pihak pengurusan..
hehehe...
apa2 pun kejadian kali ini tak patut berulang pada pendaftaran sem yg akan datang..
bawah nie adalah keadaan semasa sesi pendaftaran pelajar senior..







Monday, August 3, 2009

politeknik kota kinabalu


hari ini ingatkan leh la daftar terus..
rupa2nya hantar buku laporan jer..
nie yg malas nak daftar dua kali..
kan senang kalo wat terus..
dah leh masuk kelas..
nak tengok cam mana keadaan poli kk tgk la pic kat bawah nie yer..




wah..esok nie kene interview...
waaaa...jadi lastly..
bersedia atau tidak bolos aja dinding tu...hahaha...

Friday, July 31, 2009

terdapat perbezaan duit 50 baru nie..

terasa pelik pasal duit baru yg baru jek didapati di atm bank nie berlainan dengan duit yg sama keluaran sempena 50 tahun merdeka dulu tu....
dua gambar diatas adalah keluaran 50 tahun merdeka dulu..dan yg bawah nie baru aku keluarkan kat atm bank..hehehe...


berbezakan? dari segi warna dia..benang perak dia.. tapi mata wang nie memang boleh pakai untuk beli barang...^_^

Thursday, July 30, 2009

hari nie aku ke kk dan post nie dalam bentuk merepek...hahaha

nie pasal kolej adik aku la nie..ade ke akauntan dia wat hal plak..

tok sah la cite pepanjang.. dah settle pun..tp len kali jgn wat lagi..
tak pepasal aku pun terkene sekali...
kekadang perkara yg tak diundang berlaku tanpa kita dapat berbuat apa2..
so kita kena tabah dan hendak lah rasional fikirannya ya...
supaya nggak menyusahkan kita pada sekian harinya..
hohohoho...
ade la dalam perjalanan tu.. tgh cite syok kat tb tu leh plak org nie tido..ish2..
penat kot...lau tak silap tajuk cite tu the earth stood still..
best gak la citenya..huhuhu...
ade la dalam perjalanan tu...tertangkap gambar nie..rasa korang pe ek...huhuhu..
jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri..^_^

Monday, July 27, 2009

2010 Mitsubishi Evolution X FQ-400

post kali nie dibuat kerna nak ikot contest yg bro robinhood buat..^_^
sape yg tak nak menang kan..huhuhu..


so contestnya adalah pasal keta impian...
nak kene cite la skit pasal kete nie kan...
tgk jer tajuk post nie..pergh..nama pun dah gempak...hahaha..

spec kete nie..

Vehicle Type: - 4-door sports luxury car
Configuration: - Front Engine
Engine: - Turbocharged Incline-4
Capacity: - 2000 cc
Torque: - 387 lb-ft at 3500 rpm
Horsepower: - 430 bhp
Transmission: - 6-Speed Manual
0-60 mph: - 3.7 sec
Top speed: -155 mph

kira laju la tu kan bagi kete murah nie..
kira kete keluaran asia nie adalah termurah berbanding kete sport keluaran barat tu..
so kira leh beli la nie..insyaallah..^_^
amacam? ok tak bro robinhood??

ish kalo dapat la kereta nie... mengaum la dia kat depan rumah bro robinhood tu...
hahaha...
jangan marah ah...

Friday, July 24, 2009

mari kita google earth


masa tgh layan tenet nie aku terjumpa sesuatu yg menarik..

tapi korang kene install google earth la dulu..

memang tempat yg diberi nie ada..

best woo...huhuhu..

nie contohnya..memang ada..hahaha..pelik2...

Serious Ruts -- RR Maintenance Truck - St. Louis 38°37'10.65"N, 90°11'11.70"W

Don't Walk -- U-Turn Driver - Detroit 42°19'54.44"N, 83° 2'54.19"W

I Think I Can -- New York 40°42'16.47"N, 74° 0'30.56"W

Bush Pilot -- Airplane Home -- Oregon 45°24'28.31"N, 123°0'27.67"W

Stacked Up Planes -- Google Earth Double Exposure -- Venezuela 10°35'56.73"N, 66°59'20.53"W

Fill It Up -- Airplane Gas Station -- Oregon 45°25'30.77"N, 122°38'3.77"W

Area 51 - UFO Rest Stop - Nevada 37°14'40.34"N, 115°49'11.76"W

More Than One Space -- MiG-21 - Germany 51°21'44.43"N, 7°33'29.13"E

cuba la..^_^

Wednesday, July 22, 2009

perhatian bebudak poli..


dah bayar ke belom yurannya...hehehe...
dah bayar tu alhamdulillah..
kalo belum bayor2 la ek..nak dekat masuk dah nie..
pastu take care diri tu... nanti tak sempat lak masuk poli yek..^_^v

Tuesday, July 21, 2009

malas punya pasal...

Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat Rajin belaka.
Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari mencari seorang yang MALAS. Semasa perhimpunan itu, tampil seorang lelaki lantas mengaku..."Sayalah orang yg paling malas sekali dalam kampung ini."
Raja pun bertanya, " Kalau begitu beritau beta apa tahap kemalasan kamu?"
Lelaki itupun menjawab, "Kalau saya nak makan kena ada orang yang tolong menyuap saya. Haa... macam tu lah teruknya kemalasan saya, tuanku"
Tiba2 ada seorang lelaki lagi lalu berkata, " Saya lagi malas dari dia, tuanku!"
Raja pun bertanya kepadanya, " Sampai mana pulak tahap malas kamu tu"
Jawab lelaki itu, " Kalau saya makan pun, kena ada orang yg tolong kunyahkan"
Raja geleng kepala, " ish..ish..ish..teruk betul tahap kemalasan kamu ni, ya. Ini dah kira tahap maksimum nie. Jadi kamulah orang yang pa..."
Belum sempat raja mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas dalam kampung tersebut, tiba2 ada seorang lelaki kurus sambil berkata dengan suara yg lemah sekali.
"Bukan dia...tapi saya lah yg paling malas sekali, tuanku..."
Rajapun bertanya, "bagaimana tahap kemalasan kamu?"
Jawab lelaki kurus itu dengan suara yg lembik, "ish nak cerita pun malas..."


***cite nie aku copy dari mastika keluaran ogos..hehehe.. enjoy ya...^_^ jgn malas2...

Sunday, July 19, 2009

my first award..


yey..tanpa disangka..aku dapat award..hehehe...
tq so much aien..^_^

tips tuk bakal ibu dan bapa...
























tips nie bagus kepada bakal yg menjadi ibu dan bapa..
so jagalah anak kerana dia adalah amanah dari tuhan...^_^