thanks for the click..

Monday, November 2, 2009

sedikit info

Antara beberapa fakta asal usul solat dan bacaan dalam solat yang mungkin ustazah korang terlupa nak kasitahu masam korang sekolah dulu. Meh Ustazah Gadis Lonely yang kasitahu. Dan jangan lupa share kan pada yang lain yer. Besar keberkatannya ni.

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Tahniah kalau korang dah baca sehingga ke ayat ini. Hehehee.

5 comments:

GT said...

MaO simpan ini infO! *denGan izin*

Anonymous said...

tq for the info...;))


p/s : aku dah tukar blog...
ingat aku lagi tak???

blog lama aku yg areque's story tu dah tukar sbb de prblem ckit...

ni blog baru

http://plainjane93.blogspot.com

Pakoi said...

misha->sure..ambil la..sebarkan lagi bagus..^_^

jane-> oo..ok..kalo awk tak bgitau nama awk tu tidaklah saya tau..

. said...

bleh pakai ke fakta ni? aku cube menikir kan mcm ne nabi2 sebelum nabi muhammad sembahyang..sedang kan alfatihah turun dalam kitab al quran..jadi ape yg nabi2 sebelum tu bace dalam solat? syarat sah solat..alfatihah..

p/s: aku hanya insan yg mencari agamanya..


yahudi = taurat = nabi musa
nasrani = injil = nabi isa
islam = al quran = nabi muhammad

Pakoi said...

withoutmotive--> anda perlu tahu dimana agama2 terdahulu adalah agama tauhid dimana agama ini mengajar umatnya untuk mengesakan allah..setelah nabi kita yakni nabi muhammad diangkat ke langit untuk menerima perintah mengerjakan solat barulah diturunkan kepada kita dimana cara solat itu mengikut cara nabi bersolat..dimana nabi pernah bersabda " solatlah kamu mengikut caraku bersolat " *sorry kalau silap*.. dari situ baru kita tahu syarat2 wajib dan sunat dalam solat..tetapi siapakah kita ini untuk mempersoalkan cara nabi2 terdahulu bersolat kerana hanya Allah sahaja yang tahu kerana dia Maha Mengetahui..