thanks for the click..

Monday, December 20, 2010

3D tuuuu....

meh try benda nie...siot wooo....memang jadi wa cakap lu...kalo tak jadi lagi tu kene prektis la yek...huhuhu...



saye jumpa video nie kat youtube tadik...so sia kungsi2 la kan...sharing is labing kan...haha

~_~

malasnya terasa sampai ke lubuk hati... ketiadaan "penghulu" menyebabkan "anak2 buah" melebarkan sayap mereka untuk melakukan apa2 saja sesuka hati.. terasa nak bergerak namun apa yg dapat digerakkan adalah kerusi ni saja sambil menyanyikan lagu kegemaran ramai Gerak Khas...bergerak...wahai demi untuk negara...lalala...

Monday, October 18, 2010

Wifi Booster



MAU LAYARI INTERNET PERCUMA??
TANPA BAYARAN BULANAN??
YES!!! ANDA KINI BOLEH LAYARI INTERNET PERCUMA DENGAN WIFI BOOSTER.
JIMAT BEB!!! FREE TU !!!

APA ITU WIFI BOOSTER??
WIFI BOOSTER MERUPAKAN SATU GADJET UNTUK MENGUATKAN PC/LAPTOP ANDA MENARIK SIGNAL WIFI SEHINGGA 1 KM... KALAU WIFI ITU MEMPUNYAI PASSWORD, GADGET INI AKAN TOLONG MENDAPATKAN PASSWORDNYA, DAN ANDA BOLEH TERUS LOGIN...

KAMI ADA TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA!!!
DAPATKAN WIFI BOOSTER DENGAN HARGA RM260.00 SAHAJA. ANDA JIMAT RM40 !!! HARGA ASAL RM300.00

FUNGSI UTAMA WIFI BOOSTER:

1) Layari Internet atau WIFI tanpa bayaran dari jiran sebelah, kedai atau mana-mana kawasan yang ada liputan internet/wifi tanpa perlu risau untuk dapatkan password.

2) Tak perlu pergi cyber cafe atau shopping complex untuk internet, duduk saja di rumah sambil layari internet free!!!

3) Paling penting, layari internet tanpa ragu dan tanpa perlu risau dengan bayaran bulanan internet!!! TIADA BAYARAN BULANAN!! HANYA BAYAR RM260 SAHAJA SEUMUR HIDUP!!!

DENGAN PEMBELIAN WIFI BOOSTER, ANDA MEMPEROLEHI PAKEJ BERIKUT:

1 x USB WiFi Booster 1000mW
1 x 10 dBi antenna
1 x USB cable
1 x Cd driver (Windows 98, ME, 2000, XP, Vista, 7, Linux and Mac)
1 x Cd BT3 dan BT4
1 x Manual

WARRANTY 1 TAHUN!!!
WARRANTY 1 TAHUN!!!
WARRANTY 1 TAHUN!!!





SMS/ CALL –/ 017-8962029
Email: muhammadalhaj2@yahoo.com
Cara untuk membuat pesanan:
Bank in ke akaun :
Nama: Mohamad Nor
Bank CIMB
No Akaun : 15010067144520
Selepas Bank in , SMS kan. Tarikh / masa bank in dan alamat lengkap untuk penghantaran

Tuesday, September 7, 2010

facebook dan cucuk mencucuk..

sejak dua menjak nie selalu ternampak kes2 kutuk mengutuk lebih2 lagi pasal agama..kenapalah jadi begitu..sebab racist ke?? racist tu bukan perkauman ke?? jadi kenapa pula agama dikaitkan..

facebook menjadi tempat kutuk mengutuk..bukan lagi tempat menjalinkan tali silaturrahim.. kalau kita ambil bahagian positif pengasas facebook nie aka mark zuckerberg..mungkin niat dia.. let the world be one..mari mencipta persahabatan seramai yg boleh..mari mencari kembali kenalan lama kita..(itu kalau kita ambil yg positif lah..kalau negatif tak tau la macam mana..)

bila kita tengok balik..takda untungnya kes kutuk2 nie..buang masa, rosak nama, makin banyak musuh adalah..nie nak jadi kes polis plak..tak ke cari bala tu..

inilah yg terjadi bila isu perkauman cuba dicucuk oleh parti politik yg mungkin tak sedar diri, tak ingat sejarah, lebih pentingkan poket sendiri daripada dapur rakyat yang entah berasap atau tidak..

susahnya hidup di zaman sekarang nie..ingat zaman dulu je susah..org tua kita selalu cerita betapa susahnya hidup dulu2..keluarlah cerita zaman2 perang mereka tu..kesusahan hidup zaman sekarang tidak sama dengan kesusahan hidup zaman dulu.. teringat pula pesan pak cik dalam cerita hati malaya 1957..scene masa dorang minta pendapat untuk tarikh merdeka tu...pesannya lebih kurang macam nie la.." bila sudah merdeka jangan pula ada pemimpin-pemimpin yang mengaut keuntungan di belakang rakyat jelata".. tapi yg dapat kita lihat sekarang kebanyakan pemimpin 'yang itu' semuanya mewah-mewah belaka.. dah tak ingat ke pesan keramat tu...jadi renung-renungkan lah..rakyat mampu mengubah semuanya..

tolonglah hentikan kutuk-mengutuk nie..takda faedahnya.. kalau nak luahkan pendapat pun berfikirlah secara rasional dahulu sebelum buat keputusan..janganlah ikut sedap tangan menulis..

Tuesday, August 3, 2010

Wednesday, April 14, 2010

konbobesen aka konvokesyen

salam sejahtera kepada semuanya..hari nie POLITEKNIK KOTA KINABALU dengan sukacitanya mengadakan hari konvokesyen kali ke 14...tahniah kepada para graduan semoga terus berjaya di masa hadapan dengan ucapan janganlah dilupakan pada yang masih ada di poli ini...hahaha..esok ada lagi..trip kali ke 2 plak.. oleh itu.. kembali kita ke seri pentas..hahaha..^_^

Thursday, April 1, 2010

Pernah??

Pernahkah awak merasa akan sesuatu yang tidak dapat awak katakan dengan apa jua perkataan yang dapat digunakan bagi menyatakan perasaan awak itu..walau awak terus mencari apakah ertinya semua perasaan yang awak rasakan pada saat itu namun masih tidak dapat menguraikan persoalan yang terbuku di dalam benak hati awak itu...sama ada adakah ia benar ataupun hanya sebagai cubaan untuk mengalihkan fokus awak pada yang sepatutnya awak kejar.. maka adakah awak merasakan patut ia diteruskan atau dihentikan...........

Saturday, March 13, 2010

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR







SUNGAI DALAM LAUT


"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

SUBHANALLAH!!!

Thursday, March 4, 2010

Tanda-tanda akhir zaman

Rasullullah SAW banyak memberitakan tentang alamat kecil dan besar akhir zaman tanpa memberikan masa yang tepat terjadinya peristiwa-peristiwa akhir zaman ini (kerana masa sebenar itu rahsia Allah SWT). Sebahagian dari tanda tersebut mulai berlaku sejurus kewafatan baginda Rasullullah SWT dan secara berperingkat-peringkat semakin banyak tanda yang diberitakan kemudiannya muncul satu demi satu.

Dalam perkiraan dunia hari ini, hampir kesemua alamat kecil yang berikut (dan banyak lagi) bagi akhir zaman telahpun menjadi kenyataan dan antaranya:

-sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.

-tidak ramai umat islam yang mahu mengamal dan menyebarkan agama islam.

-keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan, gambar-gambar serta filem-filem lucah berleluasa.

-penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakkannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

-perkara-perkara yang halal dianggap haram dan sebaliknya.
berbohong menjadi satu keperluan.

-zakat dianggap beban

-hujan/salji turun tidak pada musimnya serta tempatnya.

-wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan dan wanita lebih ramai dari lelaki.

-kawan dan lawan sukar dibezakan.

-masjid-masjid dihiasi, tetapi banyak yang kosong dan berkunci.

-riba berleluasa, orang yang beramal dengan agama pun tidak terlepas dari fitnahnya.

-darah manusia menjadi murah, peperangan, pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup. pergaduhan dan peperangan antara umat islam menjadi-jadi.

-akan datang manusia dari barat mempengaruhi umat supaya ikut cara mereka.

-ilmu agama tidak diberikan tempat yang sepatutnya dalam masyarakat (umumnya masyarakat muslim).

-kebodohan dan kejahilan tentang agama menjadi semakin jelas dan nyata.

-zina berleluasa serta arak menjadi munuman biasa bagi umat islam.

-banyak berlaku gempa bumi serta fitnah berleluasa.

-masa dirasakan begitu cepat.

-orang-orang miskin bermegah-megah dengan bangunan pencakar langit.

-muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela.

-ramai manusia mati secara mendadak.

-kebanyakan berita berupa pembohongan.

-ramai orang muslim yang hanya tahu bercakap mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.

-umat islam yang beriman merintih melihat maksiat berlaku sekelilingnya tapi tidak mampu untuk mencegah kerana sudah terlalu umum.

-ramai yang menjadi pengampu kepada pemerintah yang zalim.


Alamat-alamat kecil akhir zaman seperti yang dinyatakan di atas ini hanyalah sebahagian dari hadith-hadith Rasullullah SAW yang memperihalkan kejadian-kejadian akhir zaman. Banyak lagi alamat lain telah terbukti menjadi perkara yang umum pada masyarakat dunia hari ini, terutama mulai abad ke-20 Masihi.

Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lainn untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan takut mati'.

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul

Setinggi-tinggi selawat dan pujian ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
jadikan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai idola kita bukannya artis2..ikutilah sunnah baginda bukannya ikut cakap org sembarangan..
perkemaskan amalan kita di rumah2 ibadah Allah bukannya berpeleseran tak tentu hala..basahkan lidah kita dengan zikir bukannya lagu tah apa2..
dan ingatlah bahawa Nabi s.a.w bersabda: 'Manusia yg paling baik disisiku pada hari kiamat adalah manusia yg paling banyak selawat kepada ku.' (Hr Tirmizi - Hasan)

"memantapkan ukhwah,memperkasakan ummah"

Thursday, February 11, 2010

Untuk Sahabat..

Ku titipkan ia buat kawan2 semua...

Rabi'ah Al- Adawiyah

1. Suatu saat Sufyan At- Tsauri bersama Rabi'ah: dia berdoa: " Ya Allah, berilah redha kepadaku. " Rabi'ah berkata: "Tidakkah malu bila Allah tidak memberikan apa yang engkau minta itu?"

2. Ruwaym berkata: "Taubat ialah hendaklah kamu tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan dosa, sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang wali wanita, Rabiah: "Saya memohon keampunan kepada Allah dari sedikitnya perbuatan benar dari diriku".

3. Alangkah sedikitnya rasa sedihku. Bila engkau benar- benar merasa sedih, maka tidak akan ada kesempatan untuk bersuka- suka.

4. Permohonan keampunan kita itu memerlukan pengulangan yang banyak.

5. Sufyan At- Tsauri memohon nasihat kepada Rabi'ah dan berkatalah beliau: "Engkau seorang yang baik, sekiranya engkau tidak mencintai dunia".

6. Beliau bersyair mengenai cinta kepada Allah sebagai berikut:

Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,


cintakan diriMu

dan cinta kerana Engkau patut dicintai.

Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.

Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,

aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.

Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,

tetapi puji dalam hal ini,


dan itu hanya milikMu

Monday, February 8, 2010

Revolusi

setelah sekian lama tanpa bicara atas sebab yang tertentu juga maka terdetik di hati ini untuk men"reformasi"kan kembali keadaan yang sedia ada dimana bukan kerna apa2 yang berkaitan lantas mencapai revolusi ke arah yang lebih baik..(tak phm?? hehehe.. cuma nak bagi tau template telah bertukar secara sengaja..^_^)..

sesungguhnya nasib sesebuah kaum itu tidak akan berubah dengan sendirinya tanpa inisiatif kaum itu untuk merubah nasibnya... walaupun manusia tidaklah sempurna tetapi kita haruslah mencari kesempurnaan itu agar hidup kita lebih sempurna.. sempurna dunia bersama kesempurnaan ibadah menuju akhirat maka hasilnya hidup kita lebih bermakna..

Sunday, January 10, 2010

25 kelebihan wanita solehah

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Saturday, January 9, 2010

Gangguan syaitan ketika menghadapi sakaratul maut

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:

Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Thursday, January 7, 2010

KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W SEWAKTU RIBUT BERLAKU

Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang maksud: “Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau kirimkan dengannya.”

Kata Aishah lagi: “Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kesukaan diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya: “Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat kamu pula berasa cemas?” Baginda s.a.w.menjawab. “Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.? Kaum A’ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka sendiri.”

“Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap kelembah-lembah mereka, mereka berkata”Ini awan yang akan menurunkan hujan keatas kita.” “Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu mintaya disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka.”

Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w. ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang bertiup Nabi Muhammad s.a.w. tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w. dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.

Wednesday, January 6, 2010

Jagalah percakapanmu..

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan : · Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. · Bacalah Al-Qur'an · tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. · Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. · Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. · Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. · Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. · Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. · Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. · Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain." Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya." Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."