thanks for the click..

Thursday, February 11, 2010

Untuk Sahabat..

Ku titipkan ia buat kawan2 semua...

Rabi'ah Al- Adawiyah

1. Suatu saat Sufyan At- Tsauri bersama Rabi'ah: dia berdoa: " Ya Allah, berilah redha kepadaku. " Rabi'ah berkata: "Tidakkah malu bila Allah tidak memberikan apa yang engkau minta itu?"

2. Ruwaym berkata: "Taubat ialah hendaklah kamu tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan dosa, sebagaimana yang telah dikatakan oleh seorang wali wanita, Rabiah: "Saya memohon keampunan kepada Allah dari sedikitnya perbuatan benar dari diriku".

3. Alangkah sedikitnya rasa sedihku. Bila engkau benar- benar merasa sedih, maka tidak akan ada kesempatan untuk bersuka- suka.

4. Permohonan keampunan kita itu memerlukan pengulangan yang banyak.

5. Sufyan At- Tsauri memohon nasihat kepada Rabi'ah dan berkatalah beliau: "Engkau seorang yang baik, sekiranya engkau tidak mencintai dunia".

6. Beliau bersyair mengenai cinta kepada Allah sebagai berikut:

Aku cinta padaMu kerana dua sisi cinta,


cintakan diriMu

dan cinta kerana Engkau patut dicintai.

Aku cinta akan diriMu, aku selalu mengingatiMu, bukan yang selainMu.

Adapun cinta kerana Engkau patut dicinta,

aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu.

Tiada puji dalam hal ini, dan itu bagi diriku,

tetapi puji dalam hal ini,


dan itu hanya milikMu

2 comments:

Anonymous said...

erm.. bhasa nya berbunga sngt la.. xpt fhm dengan baik..

Pakoi said...

huhuhu..