thanks for the click..

Sunday, August 17, 2014

Percaya atau tidak

ramai yang x percaya..
ramai yang takut
ramai yang memerhati
ramai yang mengejek
ramai juga yang tertanya2
RM40/RM10 JE..... income berkali2
RM40/RM10 JE..... anda takkan jatuh bankrap
RM40/RM10 JE..... anda dapat berlipat kali ganda
RM40/RM10 JE..... anda dah ada 1 kerja part time
RM40/RM10 JE..... anda dah ada 1 peluang perniagaan
RM40/RM10 JE..... anda boleh menjana pendapatan anda
RM40/RM10 JE..... anda boleh manfaatkan FB anda
RM40/RM10 JE..... ANDA BOLEH JADI JUTAWAN!!!
BERANI KA? BOLEH KA? BETUL KA?
USAHA PASTI BERJAYA
TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI.....
daftar ---> 

http://www.toogleads.com/web/fakhrulradzi

atau wassap 0138559007 utk pembayaran & pengaktifan
========================
>>>KERJA PART TIME / FULL TIME KHAS UTK KUMPUL DUIT RAYA<<<
-TERBUKA UTK SEMUA
-BOLEH BEKERJA HANYA DI RUMAH
-WAKTU BEKERJA DITENTUKAN SENDIRI
-GAJI HARIAN TERUS KE AKAUN BANK ANDA
-INCOME 2MINGGU BOLEH MENCAPAI RM1000

Saturday, August 16, 2014

Toogleads

Baru dilancarkan 18 Jun 2014
Lock posisi terawal utk income yang masyukk
Modal RM 10 / RM 40 sahaja
PAKEJ TOOGLEADS
rm 10 - 1 tapak iklan (6 bulan)
rm 40 - 4 tapak iklan (12 bulan)
Potensi income tanpa menaja
RM 10 - rm 1967.40
rm 40 - rm 7869.60
Bonus penajaan - 55%
rm 10 - rm 5.50
rm 40 - rm 22.00
Bonus matriks group (3x 10) 2 %
RM 10 - rm 0.20
RM 40 - RM 0.80
Bonus unilevel 1 %
Rm 10 - rm 0.10
RM 40 - rm 0.40
Walaupun anda sertai Modal RM 10 , 
anda layak dapat bonus penuh jika downline anda join pakej RM 40

BONUS EXTRAA!!!!

http://www.toogleads.com/web/fakhrulradzi

Friday, August 15, 2014

Budak Intern

Kadang sibuk kadang tak,
kalau sibuk tak menang kepala otak,
mula fikir nak kemana lepas ni,
pejam celik tinggal setahun lebih lagi,
pastu nak kena cari kerja,
gaji entah dapat berapa,
ingat nak bela lembu,
boleh dok bawah pokok sambil berlagu,
asyik fikir bila nak kaya,
cam mana kalau asyik duduk goyang kaki saja,

dah habis merepek SALAM JUMAAT SEMUA.
(macamlah ada org masuk sini...krik..krik..krik...)

toogleAds - Biz tanpa risiko + income lumayan

Join + Duduk Diam
Potensi pendapatan
RM 10 - RM 1.9k
RM 40 - RM 7k
===================
RM 10 atau RM 40
Join + Menaja
Potensi Pendapatan
Tiada had
RM $$$$$$$$
daftar ---> 

http://www.toogleads.com/web/fakhrulradzi

atau wassap 0138559007 utk pembayaran & pengaktifan
==============================

Saturday, August 3, 2013

Kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum, selamat sampai dirumah bersama keluarga tercinta pada tengah malam semalam.. melalui dugaan tren ets yang delay, berhenti di tengah jalan tambah lagi kesesakan dalam ktm komuter yg super penuh walaupun pada jam 10 malam.. tak sangka boleh penuh.. nak balik beraya rasanya..

Walau apa pun yang terjadi yang penting dah selamat sampai, bersyukurlah kan. 
Sang kekasih hati pula dah bertolak pergi ke Jeddah dan dari sana pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.. Semoga dia selamat pergi dan selamat kembali bersama keluarganya. amin..


Thursday, July 25, 2013

Tengah bulan ramadhan hujung bulan julai

Balik terawih lihat bulan warna merah, nampak bulan bulat melambangkan dah sampai tgh bulan ramadhan, sedar tidak sedar masa berlalu begitu pantas melambangkan kita tidak peka akan pergerakan masa,
esok dah nuzul Al-quran, disini dapatlah cuti satu hari, namun tetap tidak menggembirakan, gaji dua bulan tak masuk lagi..masalah dengan management..apalah kerja yg dorang buat sampai dorang dpt masalah cam nie..dah jadi tak gembira nak buat kerja..

Dalam kesedihan ada kegembiraan..tak lama lagi nak beraya sudah.. dalam masa itu juga perut penuh dengan rama-rama(butterflies in the stomach).. 

mungkin inikah yang dinamakan cinta, hati gembira rasa bila kau kata cinta, siang yang suram kini menjadi ceria, hati yang gelisah kini menjadi bahagia..^_^


Awak.. saranghae..

Thursday, July 18, 2013

Kembara Tarawih

Salam Ramadhan yang ke 9. Hari nie rajin sikit pergi mengembara mencari masjid lain. Kali pertama masuk masjid baru, Masjid Batu Gajah Perak. Walaupun tak berapa siap lagi tapi cantik jugalah ruang solat dia. Sejuk mata memandang. ^_^..





Alhamdulillah ada rezeki dapat tengok masjid cantik. Esok nak pergi mana pula ya?..

Kehilangan? Aku yg disakiti?


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Pernahkah kau merasaJarak antara kitaKini semakin terasaSetelah kau kenal dia
Aku tiada percayaTeganya kau putuskanIndahnya cinta kitaYang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkankuTak pernahkah kau sadariAkulah yang kau sakitiEngkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintakuAkupun ingin bahagiaWalau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudahBagiku ‘tuk lupakan segalanyaAku pergi untuk diaTak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakitiEngkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkariOh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagiaWalau tak bersama dia… dia…Oh Tuhan tolonglah akuHapuskan rasa cintakuAkupun ingin bahagiaWalau tak bersama dia
* Dia bagi aku lagu nie..dedicated to me..is there any meaning of this? aih...ni lah masalah bila lurus bendul sangat..bahasa kiasan tak paham...kena ambil course tambahan nie..subjek Bahasa Kiasan Melayu..haha..minta2 takde maksud dia bagi lagu nie..

Wednesday, July 17, 2013

Dah setahun rupanya...

Dari Julai 2012 hingga Julai 2013..dah setahun woo bersarang blog nie tuannya tak datang tgk.. macam2 dah berlaku dalam tempoh masa setahun..(setahun sudah ku menunggu dirimu..(lirik tak kena) :p)...ada perhimpunan bersih yg media kerap putar belitkan, pru13 yg cam rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi, ramadhan tiba lagi..(ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..)
..pru kecil balik kat besut..(nak ignore pun dah tak boleh sekarang nie..nanti kena tipu lagi).. keep that aside for a moment..

Hari nie kan org yg selalu chat ngan aku(dia sorang je yg selalu chat pasal tak aktif pun chatting nie) kat ym.. kenal yg ala2 begitu je.. dia bagi gambar kat aku..selama aku chat ngan dia..tak lah nak tau rupa dia cam mana pun..tak berangan pun rupa dia cam mana...gambar kat ym pun gambar default biasa(ala yg boleh pilih camtu je tu)...tup2 dia bagi..subhanallah..cantiknya...(adakah dia jodoh untuk aku? :p)... betullah kata hati aku...baik aku tolak je nak tgk gambar dia.. aku tak nak dekatkan atau menjauhkan diri dgn dia kerana rupanya.. cantik atau buruk aku tak ambil kisah pun..tapi sekarang nie macam mana... hati dah kata lain...otak dah kata lain.. takkan nak istikharah kut..ish..tu dah jauh sangat tu.. nak buat cam mana...nak buat cam mana...ottokajo? ottokajo?

Friday, July 20, 2012

Niat Puasa Ramadhan

Ramadhan sudah tiba

Selamat Menyambut Ramadhan, semoga ibadah puasa kita diterima Allah dan perbanyakkan ibadah kerana pahala berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini.

Monday, January 2, 2012

2012 Tahun Perubahan

giler lama tak tulis blog.. takde mende nak tulis pun..
banyak benda lain nak buat..final exam lagi dah nak dekat..
hmm..boleh ke aku buat nie.. nak tembak bukan soalan abc..huhu..
vector calculus..rasa cam boleh buat je..nvm..buat je lah asal tak flop...

Wednesday, October 12, 2011

Kisahnya...

GF : b . .syg minta maaf pasal semalam,syg xde niat nk wat b marah . tpi syg tencen syg . .pale syg sakit sgt (dalam mesej)

BF : masih berdiam diri .. x nk blas.. .biar la die merajuk berminggu. . .

GF: call bf die banyak kali . .tpi x berjawab . . sampai tertidor2 die call pakwe die .
...
BF : still kuat kan ego dalam diri die . .die diam sampai berhari2 . .

GF : (send mesej) ''b . syg nk minta tolong ni .. kat rumah xde sape.. . tolong bwk kan syg g clinic. . syg demam ni . plz reply my text. . saya perlu kan awak

BF : sikit pon bf die tak perdulik kan. . die anggap gf die hanya minta simpati. . nk ngade2 . .
GF : gf tunggu tpi xde respon ape2 .. die nekad nk g clinic sendiri. . panas badan die dah sampai tahap terok sgt . . . masa gf nk lintas..moto lalu dan Lnggar si gf ni. . tersungkur die jatuh. . . tpi. .tuhan lagi syg kan die . .gf hembos kan napas terakhir nye die hospital. .

si bf dapat call dari ayah gf die .. . kelam kabut bf pecut kerete nye pergi ke hospital. .tpi sudah terlambat. . dalam masa yg same. .bru bf sedar. . sebelum gf kuar pergi ke clinic. . gf ade antar mesej kat bf die. .

tpi bf die x bukak pon mesej tuh . ''b .maaf kan la law syg ganggu b. ..syg pergi clinic sorang2 kay . .dekat je kat belakang ni. . syg minta maaf law syg banyak wat salah kat b . . satu b kene thu. . syg tetap syg b sampai bila2 . .i love you syg " . . terduduk si bf bila bace mesej uh . .kini hanya penyesalan yg ada dalam diri. . .
#moral dalam story ni. . . pada pasangan. . x kire .. boy ke. . gurl ke. . . ego uh jgn terlampau sgt. . ini adalah kisah benar. . jd kan la sebagai pengajaran .

Thursday, October 6, 2011

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

Wednesday, September 28, 2011

Minggu Aluan Siswa

Salam semua, dajia hao, hello all..
In this opportunity I would like to thanks to all the fasi that involve with
this sept intake MAS session...memang korang terbaek la..walaupun fasi disiplin agak emo..tapi kami paham...hehe...

Dah masuk UTP nie kena la cakap english...semua org kena cakap inggeris woo...bertukar jadi mat saleh...hello, what is your name...yes...no...i donno...haha...at least you can improve on your english..hopefully..

So, diucapkan selamat belajar kepada yang baru masuk universiti atau pun dah lama kat dalam uni..semoga kita berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah..

Thursday, September 8, 2011

Perasaan Yang Tak Menentu


Selamat Sejahtera kpd semua..
Nak bgtau jer aku dpt masuk Universiti Teknologi Petronas(UTP)..

Best ke sana ah??
haishh...tekanan yang entah tiba2 datang...
boleh kali ah...

Monday, March 28, 2011

Tutorial Mengundi

Bersempena dekatnya masa mengundi nie terdetik gak dalam hati nie cam mana ya mau mengundi.. dalam mencari punya mencari terjumpalah kat youtube..so sharing is caring la kata org..^_^...



sapa yg tak reti nak mengundi tu atau cuma nak tambah ilmu tgk2 la vid kat atas tu yek.. dan selamat mengundi..^_^

Monday, January 17, 2011

Surat Kepada Dato Najib

Salam kepada semua..
Pertama sekali tidak lah saya tahu kebenarannya sama ada penulisnya benar atau tidak akan tetapi ayat yg tercatat memang ada kebenarannya.. bacalah dan teruskan sampai habis...jgn sampai terjadi pada novel yg berkenaan..hanya kerna ada perkataan yg tidak disukai terus dimaki dihina tanpa ada yg membaca dan memahaminya..

________________________________________________________

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak,seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT





Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.ikan Islam di atas pentas.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT



Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini

____________________________________________________________

credit to : sipenulismuda.blogspot.com
SharpShooter

Monday, December 20, 2010

3D tuuuu....

meh try benda nie...siot wooo....memang jadi wa cakap lu...kalo tak jadi lagi tu kene prektis la yek...huhuhu...



saye jumpa video nie kat youtube tadik...so sia kungsi2 la kan...sharing is labing kan...haha